Pages

Monday, October 8, 2012

Diari Kembara 2


Selepas solat Maghrib bersama sahabat baik saya Muhsin Abdullah di Masjid Sultan Yahya, Kubang Kerian, saya mendapat mesej dari abang sulung saya (abg G) bertanyakan sama ada saya jadi atau tak untuk pergi ke Jordan. Saya menjawab ringkas mungkin tak jadi sebab banyak persediaan saya tak buat (ketika itu saya masih belum tahu surat tawaran dah sampai rumah). Bila Abg G menyebut tentang surat tawaran, barulah saya dapat mengagak surat tawaran kemungkinan dah sampai. Saat itu fikiran berkecamuk. Gembira dan kecewa. Gembira kerana berjaya mendapat tawaran belajar. Dan kecewa kerana mungkin saya tak dapat pergi(dalam fikiran ketika itulah). Lantas bergegas balik ke rumah yang tidak jauh dari Masjid. Di dalam kereta sempat berbual seketika dengan Muhsin tentang itu.

Surat tawaran diterima dari KPT agak lewat iaitu beberapa hari selepas raya aidilfitri. Seingat saya, saya hanya mempunyai masa kurang dari 2 minggu untuk membuat persediaan. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di bumi Universiti of Jordan dalam bidang Fiqh wa Usuluh. Setelah dibuat perbincangan dengan keluarga tercinta, akhirnya keputusan dibuat. Pada malam itu saya solat hajat bersama Muhsin minta diberi ketenangan dan petunjuk dari Ilahi. Alhamdulillah diberi sedikit ketenangan selepas itu.

Persiapan dibuat pada saat-saat akhir. Untuk pengetahuan, saya tidak sempat untuk mengambil kursus bahasa arab sebagai persediaan tambahan untuk ke sana. Pada mulanya itu amat membimbangkan saya tapi itu tidak mematahkan semangat saya ketika itu.


Tanggal 2 September 2012, tibalah hari yang ditunggu iaitu hari saya berlepas dari Kuala Lumpur ke Amman. Terharu sangat kerana pada hari itu ramai yang datang menghantar dan secara tidak langsung memberikan sedikit semangat kepada diri ini. Yang datang pada hari itu semestinya keluarga tercipta, sepupu, keluarga sahabat baikku Muhsin, sahabat-sahabat Maahad Muhammadi Lelaki(ikhwanul aminin) dan sahabat-sahabat dari UMP. Berkat doa dari mereka semualah yang membuatkan diri ini kuat untuk meneruskan pengembaraan ini.
Saya berlepas dari KLIA  dengan pesawat Saudi Airlines bersama sahabat saya Hisyam Ahmad yang sudahpun berada di Tahun 3(ketika itu) di Universiti Mutah. Beliaulah yang menjadi seperti agen travel membawa saya ke Bumi Jordan. Kami berlepas dari KLIA dan transit selama 17 jam di Jeddah. Dari Jeddah, kami terus ke Amman. Sahabat lama saya, Hayyi sudah menunggu di Queen Alia Airport untuk menyambut ketibaan kami.

Sahabat UMP


Sahabat dari bangku sekolah menengah. Ikhwanul Aminin.

SIX

“Sampai juga aku di Jordan…” getus hati kecilku. Itulah yang terdetik di hati kecil saya disebabkan saya teringat banyaknya dugaan dan ujian yang saya lalui untuk datang ke sini. Saya tidak berhasrat untuk bercerita tentang ujian tersebut kerana ianya agak privasi. Tapi ujian itu pada awalnya sudah berjaya untuk memadamkan hasrat saya untuk ke sini. Tapi, Allah telah merancang untuk saya. Dan inilah takdir dariNya. Sebab itulah saya bertekad untuk bersabar dengan apa yang akan berlaku di bumi Jordan ini. Kerana saya tahu, nanti ujian lain pula akan mendatang sebab Dia ingin menguji sejauh mana iman hambaNya ini.

Akhirnya saya di sini

Pesan Ummi pada malam itu.

"Umi nak sangat anak umi belajar dalam bidang agama. Umi nak tumpang ilmu nanti. Sekarang dah dapat tawaran, pergilah.. Yang lepas biarlah lepas. Umi redha anak umi pergi.."

4 comments:

Unknown said...

salam.. wah. tahniah dpt pegi Jordan.
mcm best je bleh pegi sane..

m Hazmi said...

Terima kasih... Alhamdulillah rezeki dari Allah

best datang cni, kl ada peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara pergilah. insyaAllah byk ilmu dan pnglaman akan dapat nt

Dygku said...

Jika di amati, cabaran dan rintangan itulah yg manis sebenarnya sebelum sesuatu perjalanan bermula....ia bukan satu kelemahan dan tidak sekali-kali menjadikan kita lemah tetapi itulah yang menjadi sumber kekuatan yg sebenar...so u know what to do....
carilah ilmu sbyk mungkin. Semoga sukses selalu.

Unknown said...

thanks kak...u r my inspiration... :)