Pages

Sunday, October 9, 2011

Antara SOLUSI dan Gen-Q





Segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita keizinan lagi untuk menikmati nikmat-nikmatNya. Syukur kerana pagi tadi bila kita membuka mata kita masih dapat melihat cahaya dunia ini dan isinya, bukannya kegelapan kubur dan isinya.

Jika ditanya kenapa kita masih hidup lagi di dunia ini sedangkan banyaknya dosa yang kita lakukan? Jawapannya hanya satu, iaitu Allah memberikan kita peluang untuk kita bertaubat. Membeikan kita peluang untuk kita bersiap unutk kembali kepadaNya dalam keadaan sebaik-baik kepulangan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromote 2 buah buku yang bagi saya banyak input dan ilmu yang kita boleh ambil darinya. Iaitu majalah Solusi dan GenQ.

Solusi saya rasa ramai dah sedia maklum ia mengandungi input-input yang up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di negara kita. Tambahan kolumnis-kolumnis dalam buku ini terdiri daripada tokoh-tokoh yang pakar dan ahli dalam bidang masing-masing.

GenQ pula satu majalah yang baru dan buat ketika ini diterbitkan isu yang ke 3. Walaupun ianya masih baru, kandungan dan material di dalamnya juga berkiualiti. Sesuai untuk menggalakkan anak-anak atau adik-adik yang berada di sekolah menengah untuk membaca. Ini kerana bahan bacaannya tidak terlampau panjang dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Sahabat boleh mendapatkan buku-buku ni di pasaran atau boleh juga membeli melalui online di laman saya ini. Kalau di Kota Bharu boleh dapatkan secara direct melalui saya.Bergantung kepada stock.

http://www.stormreaders.net/bukuku

Monday, September 19, 2011

Iman Seekor Semut

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah Iman Semut!!!

Monday, September 5, 2011

Anda Merdeka??Jawab soalan2 ini..

diambil dari malaysiakini yg bertarikh 4 september 2011


1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?


2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

NONE3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap,

Sunday, May 29, 2011

Mengapa Allah tidak mendengar Doaku?



"Akhi, saya rasa Allah tidak sayang dan tidak pedulikan saya lagi..?" kata Syabab, juniorku sambil teresak-esak menangis.

Sambil merangkul bahunya aku bertanya, "Kenapa ni? Allah tidak pernah lupa kepada kita tetapi kita yang sering melupakanNya.. Cecite pe menda yang buat enta rasa begitu?"

"Saya sering berdoa kepada Allah, tiap-tiap malam dalam qiam saya akh, tapi sampai sekarang Allah tidak mengabulkan doa saya. Saya tahu kemungkinan disebabkan dosa-dosa saya Allah tidak mengabulkan doa saya. Tapi saya sering solat taubat agar Allah ampunkan dosa yang saya lakukan supaya tidak menjadi hijab untuk doa saya sampai kepada Allah. Tapi kenapa Allah masih tidak mendengar saya?Kadang-kadang saya rasa putus asa dah kat Allah..."

Dia menghabiskan kata-katanya sambil menundukkan muka. Jelas di wajahnya satu perasaan yang sedih amat. Perasaan yang dulu pernah aku rasa dulu seolah-olah dicerminkan kepada aku kembali ketika itu. Aku beralih kedudukan untuk duduk berhadapan dengannya. Selepas menarik nafas yang agak panjang, aku mula menyusun kata.

"Adikku Syabab, masakan Allah tidak mendengar doamu itu sedangkan Allah Maha Mendengar. Mustahil bagi Allah untuk membiarkanmu begitu saja tanpa memberikanmu apa-apa padahal Dia Maha Pengasih dan Memberi. Dia sedang mengujimu tentang erti doa."

Friday, May 27, 2011

Karamah Vs Istiqamah



Ada banyak cerita yang pernah diceritakan kepada saya atau yang saya sendiri baca tentang karamah ini. Secara jujur saya kagum dab berangan-angan alangkah bertuahnya jika aku tergolong dalam orang yang ada karamah ini. Saya ingin berkongsi tentang satu cerita yang saya pernah saya baca satu masa dahlulu dalam majalah solusi berkenaan tajuk ini.

Cerita ini berlaku di satu tempat pengajian agama, boleh dikatakan pondok atau pesantren. Di situ ada seorang guru yang telah lama berkhidmat mengajar tentang ajaran islam. Mungkin bersilih ganti pelajar-pelajar yang berguru dengannya. Namun dia tetap berada di situ berkhidmat untuk pelajar-pelajar. Suatu hari ada seorang pelajarnya secara kebetulan pergi ke satu pesantren yang lain yang berdekatan. Pelajar tersebut melihat guru di pesantren tersebut mempunyai karamah yang agak menakjubkan seperti kapur menulis sendiri tanpa perlu dipegang. Pelajar itu amat kagum dan balik ke pesantrennya dan menceritakan kepada kawan-kawannya yang lain. Sepertinya juga kawan-kawannya turut kagum dengan cerita itu.

Selepas kejadian itu kebanyakan pelajar membanding-bandingkan

Tuesday, May 10, 2011

Dalam Mihrab Cinta

video

Bunga-bunga Cinta

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji


bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

***memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

P/S:
Walaupun lagu ostnya agak jiwang sedikit tetapi jalan cerita Dalam Mihrab Cinta ini bagi saya banyak pengajaran yang boleh diambil. InsyaAllah jika berkelapangan saya akan tulis entry berkenaan pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita Dalam Mihrab Cinta ini. Siapa yang mahu cerita ini boleh mintak dgn saya.

Friday, May 6, 2011

Hilangnya KEBERKATAN perkahwinan itu


Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.

Perkahwinan yang bahagia dan diredhai bukanlah senang untuk diperoleh. Ada syarat-syarat yang perlu kita lakukan. Tapi bukanlah susah dan tidak logik seperti syarat untuk meminang Putri Gunung Ledang. Namun ,