Pages

Sunday, October 26, 2008

TErima KaSih

26 Oktober 2008 genap umurku 21 tahun..
terima kasih kepada sahabat-sahabat sume yg wish kat aku dan doakn aku..
dan xlupa jgak kpd sahabat-sahabat yg beli kek kat ak td..terharu beb..
maafkan aku jika selama ini aku macam mengabaikan kalian..
sungguh aku tidak mempunyai niat semacam itu..
tp kekangan masa dan kelemahan diri ini menyebabkan aku mengabaikan kalian..
maaf skali lg..

selamat hari tua..

dan hari ini menyebabkan aku terfikir yg aku dah semakin tua..
sperti msg bestday yg aku dapat..."alang dah tua da.."
mgkn msg itu sbg gurauan tp memg betul kenyataan itu..ak semakin tua..
dan kematian semakin menghampiriku..
kematian yg aku sering lupakan..

Persahabatan

Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan pada sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada manusia yang sempurna
Ingatlah.......Ikhlaskan hati
Bersahabatlah kerana Allah

Salam kemaafan kepada sahabat-sahabatku atas segala kekhilafan diri..
Selamat berjuang...Semoga Allah meredhai persahabatan ini..

Sunday, October 19, 2008

Muslimahku..ada apa dengan gambarmu..??

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h
(diambil dr web iluvislam.com)

Friday, October 17, 2008

Hidayah..~

Hidayah dari Allah dtg dari bermacam2 cara..
5 minit td ak terima msg dari seorang sahabat..
Dia mengatakan yg emaknya ckp yg slh seorg abangnya pg td dah solat subuh..Subhanallah
Sblm ini abg dia 2 agak lalai dlm mngerjakan solat..tp alhamdulillah pg td dia dgn sendirinya dah solat subuh..

Namun ada peristiwa di sebalik yg berlaku itu..
Hidayah dari Allah dtg dgn pelbagai cara..
Sahabtku itu mengatakan yg abgnya bermimpi di mana dalam mimpi itu nenek dan datuknya memeluk abgnya dgn kuat dan membaca surah Al-fatihah smpai hbs..

Aku berfikir knape dlm mimpi itu dibacakan surah Al-fatihah?
Jika kita lihat salah satu dari rukun2 solat ialah bacaan Fatihah. Jadi kemungkinan dalam mimpi tersebut menunjukkan bhw abgnya telah lama tidak membaca surah Al-Fatihah..
Wallahu a'lam..

DAn ak juga percaya Allah memberikan hidayah ini disebabkan doa yg tidak pts asa dari emak shbtku itu sendiri..Ssnghnya doa seorang emak tiada hijab dan terus smpai kepada Allah..Dan hari ini Allah telah memakbulkan doanya..

Ya Allah..
Aku berharap perubhan abg shbtku ini berkekalan..pelihara la dia dgn sifatMu Yang Memelihara itu..amin

Alhamdulillah..

Syukur padaMu Ya Allah...

Aku bersyukur kerana usaha yg kami lakukan sebelum ini membuahkan hasil..
Ssnghnya segala penat lelah kami slama ini telah terubat pd hari ini
Tahniah kpd semua..

Tapi jgn lupa kemenangan pd hari ini tidak akan kekal selamanya..