Pages

Sunday, February 15, 2009

Mampukah aku..bersediakah aku..??

Sudah lama rasenya aku tidak update blog ini..

Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku kat aku
dan kadang-kadang aku terasa amat lemah dan kerdilnya aku ini..
tidak mampu untuk menguruskan perkara yang seremeh itu..

Tika ini aku masih dalam keadaan kurang sihat
dan sahabat baik ku pun dalam keadaan kurang sihat..
semoga Allah memberikan balik nikmat kesihatan kpd mu..

Di sebalik yang berlaku ini..
aku terfikir tentang KEMATIAN..
memang lumrah manusia yang lemah imannya seperti aku ini..
hanya ingat tentang kematian bila diuji dengan kesakitan..
atau kehilangan sesuatu..

Kematian merupakan sesuatu yang pasti..

"Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.."

"..Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang akan dilakukannya esok(sama ada baik atau jahat).dan tiada siapa pun mengetahui di bumi negeri manakah dia akan menemui ajal.Sesunggunya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuanNya."
-Surah Luqman ayat 34

Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku esok..
dan kita tidak mengetahui apakah kita masih berada di dunia ini esok..
atau bila ita sedar dari tidur kita sudah berada di dunia lain..
Tidak mustahil jika itu berlaku kepada kita..
Bersediakah kita jika itu berlaku??

Percaya atau tidak..
kadang-kadang kita merasakan kita dah cukup bersedia untuk menghadapi saat kematian..
kita merasakan..
Iman kita dah cukup kuat untuk melawan godaan syaitan ketika sakaratul maut..
Amal soleh kita dah cukup bertimbun untuk ditimbang di atas mizan nanti..
Niat kita dah cukup ikhlas untuk dinilai nanti
dan Akhlak kita dah cukup mulia untuk dipersembahkan di depan Allah nanti...

Lupakah kita bagaimana Rasulullah ketiak berhadapan dengan sakaratul maut..
lupakah kita bagaimana Jibril yang tidak pernah memalingkan mukanya dari Rasulullah
terpaksa memalingkan mukanya ketika Rasulullah di ambang sakaratul maut..
Jibril tidak sanggup melihat kesakitan Rasulullah ketika itu..
Ya Rasulullah sakit ketika menghadapi sakaratul maut..
kekasih Allah sakit ketika berhadapan dengan sakaratul maut..
hingga baginda berdoa jika begitu sakitnya sakaratul maut baginda meminta kesakitan ummatnya dipindahkan kepadanya..

Jika semulia Kekasih Allah yang maksum pun merasa kesakitan berhadapan dengan sakaratul maut hinggakan Jibril tidak sanggup melihatnya..
macam mana dengan kita yang hina ini..???
siapakah kita di sisi Allah???
Kekasih Allah??
Golongan yang dicintai Allah dan Allah mencintai mereka??
Para syuhada'??

atau...

kita hanya seorang hamba yang sarat dengan dosa tetapi merasakan diri tidak berdosa..
dan sombong untuk bertaubat..
macam mana keadaan kita sekiranya Izrail datang menjemput kita sekarang??
adakah kita akan selamat...
Astaghfirullah...!!!





"YA ALLAH..SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MULIA..SUKA KEPADA HAMBA YANG MEMINTA AMPUN..MAKA AMPUNILAH KAMI..YA ALLAH..LEMAHNYA KAMI..HINANYA KAMI..
SEDIKITNYA AMALAN KAMI..SEDIKITNYA MASA YANG KAMI LUANGKAN UNTUK MENGINGATIMU..UNTUK MEMBELA AGAMA MU.. TAPI YA ALLAH.. KAMI TIDAK PERNAH MENYEKUTUKAN ENGKAU..MAKA AMPUNKANLAH KAMI DAN TERIMA LAH DOA KAMI.. TERIMALAH TAUBAT KAMI SEBELUM SAMPAINYA AJAL KAMI..DAN BERILAH RAHMAT KETIKA DATANGNYA AJAL KAMI..DAN KEAMPUNAN SELEPAS AJAL KAMI..PERMUDAHKAN LAH SAKARATUL MAUT BAGI KAMI..DAN MASUKKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG ENGKAU REDHAI..AMIN.."