Budaya Negatif Arab Urdun
Bercakap tentang orang arab di sini, banyak yang saya perhatikan yang tidak seperti kita jangkakan. Dulu, bila sebut saja tentang arab, saya fikir merekalah yang paling paham tentang Islam, merekalah yang paling fakih dalam ilmu quran sebab Quran dalam bahasa arab. Tapi rupanya tidak sama sekali. Arab itu hanyalah satu bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain.
Satu budaya arab yang saya tidak berapa suka ialah mereka
Jika kita lihat, perkara ini sebenarnya tidak elok di sisi Islam. Islam mementingkan kebersihan. Jadi, kenapa arab tidak menitik beratkan perkara ini? Saya tidak pasti apakah masalah yang menghalang mereka dari mengamalkan akhlak islam dalam menjaga kebersihan ini. Berbeza dengan negara bukan islam tapi mereka ada akhlak islam. Mereka menitik beratkan soal kebersihan. Inilah hikmah yang hilang dalam masyarakat islam yang menjadi fitnah kepada penganut agama lain.
Saya teringat kata-kata seorang bekas penganut agama lain, yang memeluk islam. Katanya, "mujurlah aku mengenal islam dulu sebelum aku kenal penganut islam." Inilah realiti yang berlaku. Umat islam tidak mengamal islam. Dan orang bukan islam mengamalkan apa yang diajar oleh islam.
Pergilah ke negara seperti Germany, Norway, Switzerland, UK dan lain-lain, kita akan lihat ajaran yang diajarkan oleh islam sedikit sebanyak diamalkan oleh mereka, yang mana negara islam mengabaikannya.
Makan Dibazirkan
Seperti yang kita ketahui, orang Arab badannya besar dan selera makan mereka juga besar. Ayam seekor boleh dimakan oleh seorang. Itulah selera arab. Tapi yang tidak cantiknya ialah mereka apabila makan di restoran terutamanya tidak menghabiskan makanan. Bukan sedikit yang ditinggalkan tapi banyak. Aib bagi mereka habiskan makanan, seolah-olah seperti orang miskin.
Terfikir sejenak kepada fakir miskin yang susah untuk mendapatkan makanan sedangkan kita senang-senang membazirkan makanan. Bukan tidak mampu untuk habiskan, tapi dek kerana sudah menjadi budaya.
Ada lagi budaya mereka yang tidak wajar diikuti seperti menggunakan buku rujukan/buku nota sebagai alas punggung untuk duduk. Ini dapat dilihat sepanjang jalan di universiti. Agak terkejut pada mula melihat kerana bagi kita rakyat Malaysia itu adalah ilmu, perlu dihormati. Dan tidak wajar diperlakukan sebegitu. Tapi mungkin itu perkara biasa bagi mereka dan tiada salahnya. Itulah budaya.
Budaya Positif
Namun bukan semua pada arab buruk sahaja. Ada nilai-nilai positf yang amat baik untuk kita jadikan sebagai ikutan. Antaranya sifat suka memberi salam. Berselisih di jalanan, naik bas atau masuk ke kedai kedengaran salam disebarkan. Ini bertepatan dengan saranan Nabi yang menyuruh kita menyebarkan salam.
Selain itu, mereka amat memuliakan tetamu. Jika mereka menjemput kita ke rumah, kita akan dilayan seperti raja. Disediakan makanan yang terbaik, rumah dibersihkan untuk keselesaan. Mereka berpegang kepada ajaran islam bahawa tetamu itu membawa keberkatan. Ini yang patut kita contohi di Malaysia. Jangan serabut dan menyampah jika ada tetamu datang ke rumah. Layanilah tetamu dan berikan yang terbaik untuk tetamu kerana mereka membawa barakah.
akan bersambung...
0 comments:
Post a Comment