Pages

Monday, November 10, 2008

Nilai Air Mata

Hati hiba mengenangkan
Dosa2 yang ku lakukan
Oh tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa..

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah
Taubatku ini..

Astaghfirullah…byknya dosa aku..
Jika dibandingkan dgn gunung, nescaya dosaku lebih besar dari itu
Jika diukur dgn kedalaman lautan, pastinya dosa ku lebih dalam lagi…
Andai sebatang kayu diibaratkan diriku dan sebatang paku diibaratkan setiap dosa yang aku lakukan, nescaya penuh kayu itu dgn tusukan paku-paku hingga tiada ruang lagi..

Apakah nilai air mata di sisi Allah?

Apabila kita kehilangan sesuatu kita akan sedih dan kadang-kadang akan mengalirkan air mata. Begitu juga apabila seseorang pergi meninggalkan kita, kita akan menangis..
Itu memang lumrah dan fitrah seorang manusia yang mana diberikan jiwa dan hati yang cukup halus..

Kita amat takut apabila orang yang kita sayangi meninggalkan kita..
Kita cukup-cukup takut apabila orang yang kita sayangi membenci kita..
Dan sudah tentu air mata kita akan laju mengalir apabila semua itu berlaku..

Tetapi amat sedih sekiranya kita tidak mengalirkan air mata jika iman kita makin berkurang.
Amat malang sekiranya kita tidak mengalirkan setitik air mata walhal dosa-dosa menggunung kita kumpul..
Dan amat bodohnya kita andai tidak merasakan apa-apa jika jauh dari agama Allah..

Ayuh sahabat-sahabat kiat muhasabah diri..
Biarlah tangisan kita dipandang oleh Pencipta kita
Biarkan air mata mengalir kerana takut kepadaNya..
Kerana takut jika kita tidak dipandang langsung olehNya..

Berusahalah semoga kita berada di antara 7 golongang yang mendapat naungan Arasy Allah di padang masyar kelak. Iaitu golongan yang mengingati Allah ( kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu) hingga menitiskan air mata..


Dan sujudlah kepada Allah dengan penuh perasaan raja’(mengharap) dan khauf (takut) semoga Dia menerima taubat kita semua..

“ Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk” – Al-Isra’, 109

“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”



Perkenankanlah doa kami Ya Allah..
Biarlah air mata yang mengalir ini dipandang olehMu..
kerana itulah nilai air mata sebenar yang kami dambakan..~