Pages

Monday, November 26, 2012

Ujian di Amman

Saya tiba di Amman setelah seminggu berada di Mutah. Diringkaskan cerita, saya ditempatkan di rumah transit (Bayt Solah) sementara senior-senior mencari rumah untuk kami pelajar-pelajar baru. Kami terpaksa tinggal di situ seramai berbelas orang. Agak kurang selesa tapi itulah asam garam lebih-lebih lagi belajar di luar negara ni. Tapi kelebihan Bayt Solah ni, ia berdekatan dengan Masjid Abd Rahman Auf. Masjid yang diasaskan oleh Abdullah Azzam. Banyak peristiwa sejarah Masjid ini. Saya dimaklumkan sebelum ni, Syeikh Solah AlKhalidi, seorang tokoh ulama di Jordan, yang menjadi Imam dan Khatib di sini. Tapi beliau di gam oleh pihak kerajaan kerana khutbahnya yang lantang mengkritik kerajaan yang zalim.(sama macam Malaysia)

Pada malam itu, kami dikejutkan dengan perjumpaan tergempar semua pelajar-pelajar baru. Perjumpaan itu dibuat di Bayt Solah. Semua pelajar baru termasuk akhawat datang berkumpul. Hati saya ketika itu terasa seakan sesuatu yang kurang baik bakal diumumkan. Dan itulah yang terjadi... Dikatakan hanya 20 orang sahaja dari 136 orang yang bakal mendapat rate yuran tempatan. Selebihnya perlu membayar yuran rate international yang berkali-kali ganda mahal. Allah... ketika itu nak menangis rasanya. Allah je tahu perasaan ketika itu. Dan pihak persatuan terpaksa membuat temuduga untuk semua pelajar siapa yang layak untuk mendapat yuran tempatan. Dan seperti diduga, saya tidak mendapat rate yuran tempatan...

Masalah yuran ini berlanjutan selama sebulan lebih. Dan kami tidak dapat mendaftar di Jamiah kerana masalah ini. Itulah ujian pertama di bumi Jordan. Berkali-kali telefon family berbincang bagaimana nasib saya di sini. Dan sebulan lebih itulah kami seperti 'pelancong' di sini. Tiada apa untuk dilakukan. Hanya makan, tidur dan jalan-jalan. Diringkaskan cerita, masalah itu selesai dengan keputusan kami terpaksa membayar yuran rate international. Kami pasrah..


Maka tibalah saat kami mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti of Jordan (UJ). Pertama kali memasuki pintu pagar Jamiah, hati ini melafazkan syukur berkali-kali. Terima kasih kepada senior-senior yang banyak menolong memudahkan urusan pendaftran kami. Yuran dibayar, maka rasmilah kami sebagai pelajar University of Jordan.

Disebabkan yuran yang terlalu mahal, saya hanya mengambil 3 subjek untuk semester ini. Iaitu Ulum Hadis, Madkhal Lidirasati Assyariah Al-Islamiah dan Sirah Nabawiah. Mungkin ada kebaikan juga, tidaklah terlalu berat untuk saya yang masih lemah dalam bahasa arab ni.. Maklumlah dah berapa lama tinggalkan bahasa arab.

Saya tinggalkan gambar-gambar di hari-hari pertama kami di Universiti of Jordan.

Dari kiri : Hesam, saya, Azim, Zulfikar

Dari kiri : Fakhrullah, saya, Hesam, Jundullah

Dari kiri : Aizat, saya, Hesam, Fakhrullah

Saya bersama Hesam (Sabah bha)



Babul As-syimal of UJ




0 comments: